Friday, October 16, 2009

cerita aku

sedang aku diulit mimpi indah dengan kehidupan yang serba sempurna,aku sekali lagi diuji..
dengan bebanan dan pikulan yang berat menyesakkan nafasku umpama tidak cukup oksigen yang melalui kerongkongku.aku teruskan bernafas kerana itu nyawaku..

mahu sahaja aku bersandar di bahu persinggahan kawalan yang bisa melampiaskan lelahku..kering air kornea hitam ku mahu mengalir lagi ibarat mata air di kaki bukit yang sejuk dan dingin..hatiku berkaca seperti di toreh toreh dgn mata pedang yang tumpul.tiada kata dapat ku ungkapkan dan coretkan lagi..aku keletihan..aku kekeringan..

pantas mahu aku kumpulakn aura dan kekuatan dalaman yang aku sendiri sukar menjejak.adakah masa dan peluang untuk aku simpulkan permasalahan ini..melibatkan peraan dan hidup yang singkat..aku nekad mahu jawapan...aku sebenarnya sendirian..

Tuesday, September 8, 2009

grrr

kebosanan dan kekeliruan melanda...banyak sangat tanda tanye...

Monday, September 7, 2009

feeling

nape aku rasa tak best pun nih....nak ada pembaharuan.....tertekan...

Tuesday, September 1, 2009

aku yang baru

ternyata beb..sudah kite mahu memuaskan hati dan perasaan insan lain,hari ini aku telah melakukan sebuah pengorbanan.memutuskan hubungan dn rakan rakan demi sebuah perasaan cemburu yang meluap luap dari seseorang...

mungkin itu yang telah disuratkan oleh ALLAH.hANYA blog ini sahajalah tempat mengadu yang aku ada setakat nih...agak kejam andai aku membuang blog ini juga untuk diriku.di mana lagi aku harus pergi?siapa yang akan mengerti.kewujudan ruang aku dgm rakan rakan sedikit pun tiada niat buruk..kenapa ada prasangka??

yang membinasa..

kini bile aku ucapkan cinta dan rindi..tiada jawapan lagi....redha...

Sunday, August 30, 2009

INSANI

pemberontakkan tanpa sempadan..mula berdendam
meluah segala amarah
menyata ketidak puashatikan
hati semakin dirasuki iblis
terus meronta dan berleluasa
lupa pada hati insani
yang sebenarnya amt luhur
sangat baik
sangat iNSANI..

Friday, August 28, 2009

sabtu

aku tidak mahu menjadi lilin lagi
dan menjadi sumbu yang di bakar
untuk menerangi orang lain
sedangkan aku terpaksa
duduk menjeruk di dalam kegelapan

broken

aku tkkan perlukan sesiapa yang tak menghargai diri aku..

aku tidak perlukan sesiapa yang tak memerlukan aku..

aku tidak perlu seorang kekasih yang tak pedulikan aku....

Tuesday, August 18, 2009

arg...

bile aku open blog nih.aku rasa nak luahkan perasaan marah dan sedih aku..dah sampai ke tahap yang tak mampu aku awal lagi..aku bukanlah umat yang terlalu sabar tapi bukan juga panas baran.tapi sikap seseorang yang tak pernah mahu faham wat aku rasa yang insan sebegini biasanya menindas perasaan lemah aku.atas kekuatan dia...aku rasa terpukul dgn emosi ayng menganggua ku secara keseluruhan..bingungggg....

Sunday, August 16, 2009

lakaran jemari

dalam kesunyian,ku rindukan keriuhan
walau berdua,ku tetap sendiri
menutup deria ketiga,
dari mendengar bisikan api

menjemput ke lorong usang
hina ku takkan pergi
apatah lagi menoleh
sukar dimenteri
janji si pemesong pada Nya

kuburkan aku pada iman
pacakkan aku pada sabar
palung kenaifan
daerah akal ku terokai
mengisi keilmuan

Saturday, August 8, 2009

suka2 jer
















sabtu

serius dah lama giler aku tak update blog...bz memanjang atau dgn erti kata lain aktiviti melebihi had waktu yang ada..

serius dalam bulan lepas,byk perkara yang berlaku..dan banyak kerugian yang dah berlaku.namun mgkin ujian untuk aku..

aku dalam kebingungan..tentu ada penyelesaian..

tak mahu amik sikap lepas tangan dan tak mahu juga aku terlalu serius..kena balance..

pelbagai emosi dan perasaan yang membelenggu aku..keliru,marah..

sejak akhir akhir ini....

dari pagi,bangun jer dari katil,agenda dalam kepala,nak wat akaun..tapi cm biasa lain jadinya,wat note mandarin..next week ada 2 test.uwaa...open book pun best..kalau lecturer baik hati..

cam biasa jugak,student selalu request...

aku masih dalam kesedihan,handset maroon pembelian aku dgn gaji yang pertama sebagai trainer hilang..secara tak logik dan tak di masuk akal.samada hilang dicuri atau ghaib...bercuti sebentar bersama celcom aku..nasib maxis ini membantu..

projek kerepek dan kek aku disabotaj oleh warga uitm sendiri..ada ke patut makan tak mahu bayar..mgkin untuk minggu pertama ini aku kena tanggung risiko.tapi yang lainnye alhamdullilah boleh lah wat duit topup....

baru balik joging,malam dalam 30 minit,kuarkan peluh,kurangkan kalori...lelah..kurang stamina..
untuk jantung yang sihat dan minda yang cerdas.hahahaha

chow eh..nk rest sebentarr...

Sunday, August 2, 2009

lama

ku mahu berhenti
dari memandang silam

berhenti sengsara
kerana takdir yang nyata

untuk apa?
bersuara dalam hati
sedangkan menyepi
suara hakiki

diam aku sendiri
biar berperang di sanubari

Sunday, July 19, 2009

10 pm

malam hari,dekati aku
berbisik pada naluri,
ceritera seni dunia,

merangkak aku pada waktu.
berlari melepasi aku,
memandang sepi,

bentuk tiada corak,
hati merawan.
menunduk sedih

tangis terus menghias,
wajah wajah polos,
sayu jiwa meronta.

namun terhenti,
perjuangan abadi
takdir menguasai,

siapalah diri,
bile awan pergi,
malam kembali.

Friday, July 17, 2009

cuti

sabtu -study aje dirumah..

ahad-relax nikmati cuti...

mood yang kurang baik untuk menulis...

Monday, July 13, 2009

titas

budak budak kelas hyperactive.
lecturer aku lak talkactive.

memang kena....

Sunday, July 12, 2009

dia

julai terus berlalu,hampir separuh.
tak banyak membantu...

keadaan..himpitan waktu..

dah aku lepaskan,sebuah perasaan
selalu menganggu...

ku leraikan malam,
penamat siangku..
redhakan ia...aku tahu

julai aku asek bertelengku.
ego dan rasa belenggu
terus tanpa jemu..

usaha aku mengenal,
di samping menilai

kesempurnaan ku mahu jua
tak berpatah arang

teruskan jua,
bergadai perasaan

demi keserasian
dambaan aku

sukar kerana dua
antara kita berbeza..

Wednesday, July 8, 2009

jalan tar

serius,penat....
bukan berlari pun tapi tekan pedal...
sekeliling,lori,motor,keta,orang,basikal...
bayar road tax juge..

meluncur dengan perlahan,penuh hati hati
takut salah landing...

tiga kaler yang selalu aku jupe...
tapi terkena merah sampai turn aku..
jadi lambat...

jalan yang tak di upgrade
merisikokan tayar aku..
tambah hujan
tambah lecak..
kaya lah car wash...

silau..tinted tak function
pergh..sinaran suria..
aku pakai spf 5 jer,
tak dapt lindungi kulit
hanya separa...

tak nak jadi senandung dayang...

huhuhu..hilang tensennn

Monday, July 6, 2009

sem 2

hari ini,semester baru bermula.dengan azam baru.dengan target pointer baru.agak sukar sebenarnya aku mahu teruskan.namun aku cuba untuk sem ini.sepanjang 5 minggu bercuti nih,boleh lah aku simpulkan sebenarnya cuti amat memboringkan kalau tak ada duit.hehe..

mulai malam ni aku perlu ke kelas seperti biasa.rutin,memandu 60 km sehari..melihat malam ku sendiri..bagaimana ia berlalu.dimana ia berlalu..aku dgn seorang diri.kebiasaan..

semester ini banyak menghafal,banyak mengira,banyak komunikasi,lebih tekanan..lebih mencabar tapi seronoknya dengan agen penggerak yang baru.lebih kena dilaburkan,kena lebih perhatian...huhuhu

begitulah.....

Saturday, July 4, 2009

posing

jauhcuti jauh aku ambik berkat..yuhuu

Wednesday, July 1, 2009

Sunday, June 28, 2009

p u a s a

esok..puasa..

bulan rejab banyak pahalanya..

rebutlah peluang...

Wednesday, June 24, 2009

malam sepi

aku keseorangan

aku ketunggalan

aku kesepian

aku bersendirian

tolongggggggggg..aku kebosanan

malam ini,
ku sendiri,
tiada siapa menemani..

sekali lagu dewa da....

Monday, June 22, 2009

a little bit

panic is nonsense..

serious is matured..

life is movie..

beribu ribu lemon

dah genap seminggu aku mandi lemon...cam omputih...muamuamuamua...
pedih woo..tapi tahan..
mana taknye..kat pasar malam 15 biji rm4..
tak dapt kat mana mana wooo.....

tak payah pakai minyak wangi lagi..yehaaaa....

Sunday, June 21, 2009

rain

hujan..

basah,sejuk....

rintik rintik menenangkanku
buat mata tidak berkedip
merenung jernih air

membasah pipi gebuku
dingin meresap kulit

aku suka akan itu

akan hujan umpama gerimis
lembut menujah rumput malam
yang kering dijamah siang

hujan rahmat tuhan
meriangkan isi alam

gersang..
usang..

Saturday, June 20, 2009

sore hari..

petang sabtu..hanya kosong..tiada isi,sedang mendengar lagu faizal tahir nih...aku jauh menerawang.mahu aku biarkan saje fikiran aku melayang layang..agak khayal..

seronok..bile fikiran begini..

jauhkan dari bisikan syaitan ..aku masih letakkan iman dalam dadaku.walau nipis tapi masih kuat..berfikir tentang ilham dari seorang kawan aku,lebih mudah aku gelarkan nye en.stranger..buat aku berfikir dan tersenyum.dia tetap menemani hidup aku walau tidak pada zahirnya..belum tiba masa katanya..

aku senang,aku memilih untuk menjeruk perasaan dari berterus terang,sesuai dengan caranya..keegoaan kadang kala manis..misteri ..aku sukakan cabaran..

tentunya ia dapat mengajar aku lebih erti kesabaran..erti kesungguhan..erti kesanggupan.

katanya menulis itu seni..menulis kerana penulisan yang tertulis..dan seni itu indah.aku setuju ..
dulu,pernah kami terbang melepasi fantasi,aku tahu itu hanya rasa suka kerana permulaan.aku sedar itu hanya permainan untuk menjaga hati..ada perkiraan dan perhitungan antara kami tapi aku dapat rasakan itu ikhlas..kerana sebuah kesunyian..

aku membaca,terus menghayati untuk menembusi minat dan mengenal gugus jiwa yang banyak membisu.memilih untuk mendiamkan rasa dan menjauhkan hati..aku memilih pasrah dan menyebelahi takdir..

akukah itu,mampukah aku..membuangkan jauh anganan aku seolah aku tidak mengenalnya..

masihkan kawan?bile rasa rindu melebihi rasa kawan?

masihkan sahabat?bile rasa kasih melebihi sahabat?

masihkan teman?bile rasa sayang melebihi teman?

masihkan aku punya dia bile tiada rasa pada perasaan?

Thursday, June 18, 2009

jeng..jeng...jeng


yahoo....aku dah konvo...hehehe

Wednesday, June 17, 2009

malu

jangan bicara sama malam
bila malam mahu membisu

rangkul sahaja si siang
kira malam sembunyi dan kaku

terus dengar desir angin
sejuk nyatakan rindu

haru rasa pilu
tika tangan bertepuk satu

gelap mengejek aku
aku tertunduk malu

hilang terus aku disitu
membiarkan malamku

sendiri seperti selalu..

Tuesday, June 16, 2009

sem 2

Next semester (sem 2)

4 subject

1) mandarin 2

2) titas

3) financial accounting

4)it in bussiness

all that makes me crazy..

5 0f july ,start the class....huahuahua

huayu 1

wo
-saya

ni
-awak

xuesheng
-encik

xiojie
-cik

taitai
-makcik

zaijan
-selamat tinggal

xiawu
-selamat petang

popo
-nenek

maicai
-beli barang

pioliang
-cantik

father's day 18 jun

esok hari bapa....

tapi aku ada seorang papa..

dan seorang daddy...

hargailah pengorbanan mereka,walau kena lebihkan ibu tiga kali sebelum bapa,tapi usaha dan keringat golongan bapa ini mencari rezeki untuk membesarkan anak anak untuk terus hidup dgn selesa seharusnya diberi keutamaan.biarpun hanya ucapan,percayalah ia tentu dapat membahgiakan mereka..

SELAMAT HARI BAPA KEPADA :

Mohd Nawawi Bin Mat Sidek

Dan

Nor Azlan Bin Abdul Majid

Serta semua bapa bapa di dunia.....

6 sen

aku suke betul lagu sixth sense nih...

khatimah cinta

lirik simple....
muzik relax...

merdu..
shahdu..
pilu...

Monday, June 15, 2009

jauh

sejauh mana untuk aku berlari
aku masih tidak sampai
dia mengejarku..
membelengu aku..

sekejap sahaja aku disitu
setahun tempoh waktu
terpesona aku..
terkaku aku..

merantai seluruh hidupku
uniknya rasa itu
yang aku sendiri tak mampu..
melupa detik itu..

Sunday, June 14, 2009

hari ahadku..

ahad-seharian di rumah,melepakkan diri dengan membakar lebih kalori.

mengemas rumah - 160 kalori

basuh pinggan - 80 kalori

mop lantai - 100 kalori

lipat baju - 70 kalori

jumlah = 51o kalori berjaya di bakar...

tanpa joging
tanpa bersenam

yahoo.....

bila semua berkata...

berkata tentang kebahgiaan..

berkata tentang kejayaan..

berkata tentang kesenangan..

berkata tentang keburukan..

berkata tentang kesalahan..

berkata tentang kejahilan..

berkata tentang segalanya..

Thursday, June 11, 2009

10.15 pm

langit kosong
damai..

walau gelap
aku nampak..bayang hidup

tiada bintang
mahupun bulan..

hanya angin
memujuk aku

kini sendiri..
tunggu siang

bile malam
berlalu malu..

saat aku tersenyum







seksen 11

berpindah kediaman..

berehat dari ber blog sementara...

Monday, June 8, 2009

taman bandar-riadahku...











gembira




wajah wajah keriangan terukir di bibir...anugerah dari sebuah perasaan..






kenduri kawin

cuti sekolah bermula..kemeriahan pelbagai warna bunga manggar memenuhi simpang simpang jalan..aku tak ketinggalan menjadi salah satu dari tetamu undangan majlis..

dapatlah aku merasai keenakkan nasi minyak org kampung aku sendiri..

bangun pagi,aku dikejutkan dgn bunyi paluan kompang.jiran sebelah yang sedang menyambut menantu.meriah..walaupaun cuma majlis sambut menantu.citarasa dan kehendak masing masing.mengikut kemampuan biarkan...

aku melihat sekeliling,menghirup udara segar..melihat perubahan sedikit pada keadaan lanskap..damai.menyejukkan mata..lebih oksigen dan lebih fotosintesis..

hijau.baik untuk mata..

teringat..zaman pembesaran aku..seronok..

kembali ke dalam ruang tamu,sengaja mematikan lamunan..
kembali pada hari ini..perlu bersiap ke tempat undangan..

sayonara..

Wednesday, June 3, 2009

sepagi hari ini

matahari sebelum pagi samar
seakan senja..namun ia
mahu pagi..

sedingin hatiku membelai wajah
sejuk sekali..
umpama angin di kutub utara
suhunya ketara sekali..
kita sedia tahu..

tempoh waktu tertentu..
sementara sahaja indah..

Tuesday, June 2, 2009

serelus ayat (ada ke?)

hidup bukan cinta semata mata..
sering kali kite lupe akan benda lain yang lebih interesting dari cinta
kegembiraan sendiri lebih baik dari kite mengembirakan org lain
yang belum tentu orang tersebut suka akan kegembiraan itu..

orang kata cantik itu universal,
begitulah jua dgn perasaan dan rasa..
ianya universal,kita yang mengolahnya
menjadi corak yang kita suka..
masih boleh kawal..walaupun
rasa ingin memberontak...
tak salah jua..kalau kita
pandai lepaskan ia..
tapi jangan sampai merunsingkan pemikiran orang..

aku pingin kongsi satu cerita..
tentang orang yang mudah jatuh cinta
dan tentang orang yang sukar jatuh hati...
tapi aku rasa dua dua tak salah..

kerana antara dua sering dipertemukan
kerana itu indah dalam kehidupan
seorang berdiam diri..
seorang begitu mudah berterus terang..
dan aku rasa dua dua juga tak salah..

Monday, June 1, 2009

ahad

seriously,antara pukul 4 hingga 9 ..
waktu waktu yang membuatkan aku sangat bahgia...

gembira...tak terungkap dgn kata kata..

senyum menemani hari..sedikit perasaan haru dan syukur...

pada siapa nak ku kongsikan ini..

Saturday, May 30, 2009

bosan

aku dgr banyak lagu dan baca banyak majalah...buntu...

sungguh

apsal tak sedap hati ini...

mungkin kenA bersiar siar di taman..hehe

Thursday, May 28, 2009

bila hati berkata

seorang di aridaz resources..

pagi tadi-makan beehoon ,teh hijau dan roti sardin..bekalan sampai petang nih...

berbual dgn hati sendiri,memang benar kata orang kadang kadang masa lapang itu bagus,tapi adakalanya masa lapang itu merugikan..aku harus isi...

radio hot.fm berkumandang,aku tak fokus..kurang fokus cuma aku dengar melodi dan muzik ciptaan insan yang kreatif,berbakat..agak lunak...

sekarang aku sedang menaip..saat saat kebosanan mula menyinggah.en.hati merayu dan melihat perubahan drastik aku yang agak pelik baginya..aku tak janjikan cinta.lebih senang berkawan.bukan niat untuk ku memutuskan siraturrahim..cuma aku hanya mahu berdiam diri..meneliti dan aku hanya berikan dia ruang..dia kegelisahan.mgkin takut kehilangan..

aku berpegang pada soal jodoh,soal takdir ,soal yang telah ditetapkan...dia macam tidak mengerti..pesanan pesanan sedih dan hiba tak putus putus memenuhi inboxku..tak cukup itu untuk aku rasakan hatinya.yang penting perbuatan..kata kata dan curahan hanya dibibir.yang boleh direka,yang boleh kita cipta.

aku ingin melihat kesabaran..kesunnguhan..aku sudah kecewa...

aku buang rasa keterujaan itu,aku mahukan ia berjalan seiring dengan kehendak..
aku jadi dingin,persis angin yang meniupkan unggun api yang marak.kerana fikiran aku sebegitu...

aku mencari dalam dirinya.aku tidak rasa...aku mahukan perasaan bukan hanya hubungan..bukan titik nafsu kita bahaskan.kerana itu no.2,manusia tidak akan pernah puas..

kenyataan aku wanita ,dia lelaki..aku tahu itu..

cuma aku mahu keserasian itu,aku mahukan rasa gelak dan hilaian gembira bersama.getaran sedih pilu berdua..ampun,aku tidak rasakan itu..

kerana kesempurnaan ,aku sudah tidak mampu memiliki..
aku ada peluang untuk itu..

sedikit kegilaan ada dalam hidup aku,rasa yang tak flexible..mungkin tahun ini bukan milik aku...aku biarkan

aku dalam penantian..sebuah kehidupan yang mungkin dalam perjalanan..
aku masih disini..

uitm shah alam ..27 mei 2009




suke sangat masing masing...with my happy family..
agak sedih(en.nawawi tak dapat datang atas masalah 2 tak dapat dielakkan)



klinik

semalam..lama nye aku menanti..8020 lambat dipanggil walhal aku yang menjadi org pertama yang beratur..sabar terus duduk dikerusi merah plastik di barisan hadapan..hampir 45 minit menunggu..agak lama..bisalah yang percuma,,hehe

8020...

aku terus meluru ke bilik 3 dimana doktor saodah menunggu:

aku :askum

dok : waalaikummusalam.

tersenyum aku,tapi senyuman doktor aku tidak nmpak kerana ditupi oleh mask..
agak tegas menanyakan nama aku..siaplah aku lepas nih..

nurse selaku pembantu doktor mengeluarkan arahan padaku sejurus nmpak muka aku pucat..hehe..dah lama aku tak cabut gg nih..agak cuak..came on gurl,u dah 25 kan?

mereka berdua ibarat penyelidik dan penganalisis memasang lampu di atas kepalaku.melihat silau lampu..hati aku berdebar bile jarum mula memasuki ruang mulutku..tiga suntikan bius.amat sakit..aku menjerit...(bikin malu jer) tapi amat sakit woo..

dok :fara duk diam diam,lembutkan badan,nanti akan rasa kebas ckit.lepas nih kita cabut yer..

aku : ok (mengangguk tanda setuju ) kuatkan semangat...

aku tidak selesa.entah kenapa kaki aku mengigil,janganlah cmnie..

satu alat dimasukkan dalam ruang mulutku sekali lagi.seperti pencucuh dan mempunyai bucu tajam.mungkin prosedurnye begitu..aku buat buat tenang..pejamkan mata..

nurse :adik ,jgn tutup mata,buka mata .tgk lampu yer..

aku : ok (walhal aku sedang takut)

mungkin prosedurnye jugak kena tgk lampu..(hehe)

dalam hati,bile la agaknya gg aku akan dicabutkan oleh doktor nih...

bunyi kalsium,crack..crack..crack...agak susah nmpaknye..
bunyi itu mengilukan aku..

aku dapat rasa doktor memusingkan gg dari gusi dan bunyi crack lagi..banyaknye aku amik kalsium ..hehe...

akhirnya,berjaya..aku lega..rasa kosong..gg yang membuat aku derita sudah dicabut.terima kasih doktor..

lepas nih,aku akan jaga gg betul betul...

dok :gg fara dah dicabut,amik ubat penahan sakit kat luar ye

aku : ok.thanks..

dok : nanti fara kena dtg lagi nk tampal gg,ada yang berlubang..

aku : ops......ada lagi?

masih belum selesai......

p/s : u all jaga gg baik baik,jgn jadi mcm aku ye..gosok setiapkali selepas makan dan sebelum tidur..

aku ke?


hehe..tumpang gembira di hari bersejarah (konvo uitm)

Wednesday, May 27, 2009

cuma

aku cuma buat apa yang aku mahu dan tidak buat apa yang aku tidak mahu..salah ke?

selalunya...

aku selalu ikutkan hati aku yang lembut,patutnya aku lebih berkeras supaya tak ditindas...
aku lemas dalam kesempitan dan keterpaksaan..

Tuesday, May 26, 2009

semalam 1

semalam aku dikejutkan..dengan ketidaklenaan aku seperti biasa.
teringat aku pada pesanan semalam..
mungkin silap aku juga..'
seharusnya aku simpan..sendu dan sedikit tersentuh..

mengapa ada manik manik mutiara..tak dapat aku kesan sebabnya..
emosi melangkau kondisasi perasaan
agak keterlaluan

walhal bukan apa apa..
cuma penolakan secara lembut
penuh maksud..
tiada unsur kejam..

ada erti...
yang tersirat

Monday, May 25, 2009

satu

agak sibuk..terasa lelah..

dua hari en.hati mendiamkan diri (aku dah agak)aku dah macam tak kisah..walau kdg kdg timbul tanye tanye,apa yang dia mahukan sebenarnya?
baru tadi msg dari mobile warna maroon ku berbunyi..(hai..apa khabar?)
aku memandang lesu,hanya kosong.tiada mood yang menceritakan perasaan pada masa itu.hanya huruf yang tiada makna.biarkan ia.dtg sesuka hati,pergi jua sesuka hati..

aku seolah memaksa.jasad dan jiwa aku kepadanya.tiada guna..

beberapa minit kemudian,en.lepas menelefon.emosi terus tidak stabil.aku terasa seperti dihukum dengan kesilapan sendiri.hati aku menjadi semakin tak dapat dikawal.suara bertukar nada.lebih lembut,lebih mesra,lebih intim...

mata bergenang (adakah bakal menitik manik manik ujanku)

aku teruskan perbualan,agak rancak,semakin dekat..tapi aku harus hentikan ,nanti sendu..
yang berlalu biarkan berlalu..

sebenarnya aku tak punye sape sape..en.malam ku ada jika ada..hanya aku yang menjenguk..kadang kadang aku rasa malu..seolah menganggu..dulu dia rutinku.dan aku selalunye begitu seperti dulu..en.malam perlu ruang..aku faham..

Saturday, May 23, 2009

gigi

aku sakit gg..

menderita woo....

Thursday, May 21, 2009

mobil 4 tayar




agen pengerak aku kemana mana...
(Ish,tak sempat dikilatkan)

LOGIK

KDG KDG BILE PK PK,BANYAK PERKARA YANG SEPATUTNYA TAK BOLEH TERJADI..NAMPAK SANGAT IA SALAH,NMPAK SANGAT IA TAK LOGIK.TAPI MENGAPA DIBIARKAN BERLAKU..

TENGAH BACA MAJALAH RAPI,AKU BERHENTI.FIKIRAN TETIBE FOKUS PADA APA YANG BERJALAN DALAM HIDUPKU KINI..TERUS MENAFSIR APAKAH INI SEMUA YANG AKU MAHUKAN?ATAUKAH INI SEMUA YANG TELAH MENJADI KEBETULAN ATAU SEPERTI YANG DIRANCANGKAN?

AKU INGIN MENCARI TITIK KESESUAIAN DALAM AGENDA HIDUP AKU.MELEWATI MASA DAN MERENTASI DUNIA INI DENGAN SEMPURNA DAN PENUH RASA.SEBAGAI INSAN ,AKU PUNYE HAK UNTUK MENENTUKAN SENDIRI.

SUDAH LAMA AKU TIDAK KETAWA..MUNGKIN MASIH ADA KEKURANGAN DALAM TITIAN YANG SEDANG AKU LANGKAH INI..

AKU MASIH LAGI MENCARI,KESERASIAN ITU..
KETEPATAN HATI AKU..

BINGUNG SEBENARNYA ...

Wednesday, May 20, 2009

khamis

seperti biasa..malam tadi tidur yang menganggu lena ku..anemia..silap ku pekena coklat petang rabunya..

aiseyman,rugi rasanya masa aku semalam..menghabiskan waktu begitu sahaja.tak banyak aktiviti..hanya rutin..selesai menonton matahari,aku sengaja meng on kan laptopku..saje melilau lilau takut takut terserempak dengan en.malam..huhu..

uish..nasibku baik..warna oren yang berkelip yang membuatku tersenyum kembali..ada..:)
hilang rindu,tempias juge..

cuma bahgia..tenang..siapa yang tahu bile hati yang merasa?

Monday, May 18, 2009

ops..i smile agains..:)







tudung maroon - kat ofis


tudung putih - depan umah kat im

Saturday, May 16, 2009

11.10 pm

kepenatan...

kul 10 dah mengantuk,record...

mungkin penat.

arini aku berjalan melewati masa,mengisi waktu.

aku tetap rasa sunyi..

mengambil berkat dua keping kad undangan..

aku seperti afdlin shauki dalam filem 'sepi'

cuma bezanya dia lelaki,aku wanita...

terus mencari walau tak hilang...

akan menanti saat menjelang...

Friday, May 15, 2009

round

9.15 am (16 mei 2009)

masih di atas katil..tgh menaip naip..alahai katil masih belum lagi dikemas,perut belum diisi,aku masih keletihan barangkali..kerana perjalanan..

mengikut kata mata,disuruhnya lelap lagi..aku tak mahu..walau masih menguap.

disudut bilik aku membesar ini,terpandang aku pada bingkai kaca melihat 4 gadis sunti sedang tersenyum duduk di tangga..salah sorang nya aku..zaman persekolahan memang indah..

perabot dan barang barang dalam bilik ini masih lagi kukuh walau lama terbiar..teringat aku akan hilai tawa dan tangisan dalam ruang ini...kenangan..

aku dan diri aku...

bingkas dari katil,mahu mengemas,membasahkan tubuh dan merehatkan minda..apa maknanya aku bercuti andai terus berselirat dengan masalah dan propaganda keperibadian aku sendiri.aku harus menjadi lebih matang lagi..tak mahu lemah,berdikari...

harapan aku....

sekejap lagi ,jupe sahabat baikku...

ada agenda :

-pergi ecm
-makan bebola ikan kat jonny
-window shopping
-jemput bakal pengantin
-manghantar kad jemputan
-melawat rakan

agak padat....

sejenak

aku selalu perlukan malam..
tapi aku perasan malam tak perlukan aku..

kadang kadang rasa malu,kerana ada rasa itu..

en.malam ada cik sangat,
takkan pedulikan aku..

aku siapa?
bukan siapa siapa...
bukan apa apa...

lebih baik aku dgn diri aku..
yang menjadi peneman..
yang membuat keputusan..
yang meneman sunyi..
yang mendengar keluhan..

aku sahaja sudah memadai..


*untuk aku kot....

masalah

aku dan masalah......

semacam tak dapat dipisahkan.
soal hati tak kan boleh dipaksa.
soal rasa apatah lagi...

semalam,aku hilang dari kegembiraan aku..
seolah berlakon untuk nmpak indah didepan mata..
bingung...

aku butuh sendiri..
bagaimana aku mahu lepasi
dinding dinding utuh
yg sekian terbina

sulit...

kesian bukan persoalan..
pentingkan diri itu perlu..
tak mampu lagi menipu...
aku keliru..

Thursday, May 14, 2009

kuantan

sampai di kuantan..

jalan sakan....happy..ikutkan aku mahu berjumpa malam.
tapi aku harus ke muadzam..mungkin tiada kesempatan..

kite hanya merancang,tuhan yang menentukan...

mungkin belum tiba masanya..biarkan rindu terus menyala,rasa terus gelora..
kerana aku tak pasti org disana....

biarkan aku..
dengan pemikiran aku,dengan perasaan aku..
mungkin tiada sape perlu tahu..
aku selesa...

Wednesday, May 13, 2009

pekan

aku berada di permatang cicar..seharian..
bermalam di umah hajah maznah kesayangan ku mengajar aku erti kampung..

agak lama aku tidak menjenguk di sini..last call aidilfitri yang lepas..
terhidu aku oksigen yang belum tercemar..nyaman..suci..
terhindar dari penyakit..insyaallah..:)

argh..kokokan ayam mengejutkan aku..malam tadi lena tak meyebelahi aku
dingin dan sejuk.hujan yang lebat mengegarkan gegendang telinga aku..
bunyi titik air yang menghempap zink pondok indahku ini umpama pemain drum yang sedang
mendendangkan lagu metalica yang memang tk enak didengar..

aku terjaga dan sering terjaga..jam baru menunjukkan 1.27 pagi.mengejutkan malam ku yang mungkin sedang pejam..dia ada..tersenyum aku..hanya kawan..

mataku sambung lelap..tukar posisi,tidak selesa...
tukar tempat..baru lena....argh...lega..

pagi pagi aku bersiap,dari semalam dah planning nak cari nasi minyak..
pukul 8 pagi,bukak tingkap..menikmati hijau.fuh..tenang..
tiada deruan enjin mobil...hanya kicauan burung..
lebih indah kalau bersama cinta..tapi masih belum..
garis senyum mula muncul di tepi bibirku..
sedang berangan angan...

lupakan...tak mahu pergi jauh.,jgn terbang tinggi..

memandu menuju ke gerai...lihat banyak makanan yang kurindui..
sedap nampak dimata...

temosa,pulut kelapa,nasi minyak,kuih kepal,laksam
(makanan tradisi pahang)

akhirnya aku beli:

temosa -4
apam -2
popia -3
pulut -3

dan serba sebungkus

nasi minyak
nasi lemak
laksam
laksa
n.dagang

metro untuk arini (jadikan amalan membaca satu kewajipan ye)

uihs..banyak yerk untuk tiga org...

agak berbaloi kerana semuanya tak sampai rm 10..murah..saat aku menghulurkan note merah,aku dapat merasakan adakah aku sedang hidup dalam zaman 80-an?

serius..andainya gaji rm25oo di sini,dalam masa 5 tahun saje dah boleh bawa BMW kot..

kembali ke pondok...menikmati sarapan...ayam masih berkokok.mungkin sedang mengejutkan sesiapa yang masih pejam...

mengemas..bersiap siap balik ke kediaman aku yang dahulu (indera mahkota)...rindu...

seharian di kampung...puas..

Tuesday, May 12, 2009

holiday

sedang bersiap siap...

pastikan siap..hati rindu tapi hanya tuhan yang tahu.

pilu seharusnya begitu,ar..biarkan begitu.

mungkin hanya sayu sebab aku selalu..

siap je..jangan lalu..jangan merayu..

rindunya aku..mungkin sepintas lalu..

bagai dipalu palu...dengan sembilu...

pergilah rindu....


-special case..(tentu tahu)

Monday, May 11, 2009

just now

malam nih...bingkas aku dari katil...aku rasa hilang..sakit terus menerus menguasai tanpa rasa kesian..berkerut ku menahan..

saat saat hormon aku mengalami proses pengolahan,mental dan fizikal aku mulai goyang.satu penghijrahan perasaan telah mulai berlaku..aku tak sukakan itu..

perang emosi melanda tanpa sempadan.hati mula rasa rapuh.mudah terluka,segala amarah telah aku lepaskan pada yang patut rasa bersalah.tiada keterpaksaan cuma aku perlukan pemahaman..

bingung dengan insan yang berstatus tandus,yang terus menjulang rasa egois..aku makin tidak mengerti..
apabila sesuatu yang perlu kita tahan..akan sesuatu yang sukar kite lawan..

mata takkan mampu menipu
tapi tak dapat ku lihat itu

hati pun takkan mampu berbohong
tapi aku dapat kesan pembohongan itu

selalu aku bercakap tentang impian,harapan dengan bayangan...

Sunday, May 10, 2009

6.30 PM

hehe

tak sangka aku g jogging arini..cukuplah dua round..
hilang gak 500 kalori...

Bersenam baik untuk kesihatan..

weight now : 53 kg

my aim : 48 kg

Saturday, May 9, 2009

mr.K

fuh,,lega hatiku..
exam dah selesai,bolehlah bercuti dengan senang lenang..tak sabar rasanya aku mahu balik kampung..jupe papa aku,jupe ibu,jupe adik,jupe kawan kawan....winduu

masa nih dapat la aku menikmati makanan kegemaran aku,pergi ke tempat kegemaran aku,buat aktiviti kegemaran aku..bebas dan dapat lari dari kekusutan disini....

pasti jiwa aku sedang tersenyum...
kali terakhir aku ke sana januari..
lama kan?

betul kata org..
tempat sendiri lebih baik dari tempat org..

namun aku kena teruskan kelansungan hidup
yang telah ditentukan...

paling tidak pun disini dapat aku kenal yang mana kawan,yang mana lawan..
dapat aku kenal duit adalah raja disini..

teringat aku menikmati kerang bakar kat jalan beserah..
terkenang aku kelazatan nasi minyak kat padang lalang..
kecur air liur bile merasai kepok lekur kat tanjung lumpur..
rasanye bagai berkurun aku disini..

tapi ini yang ditakdirkan...

kalaulah...
ish,guru bahasa melayu masa aku di tingkatan 6 pernah cakap..tiada kalau dalam kehidupan..
aku ingat tuh sampai sekarang..
kerana dia juga aku berjaya dapat a dalam paper bhsa melayu aku dalam stpm..thanks guru..

(tak lama lagi kan hari guru )

indahnya andai dapat aku merasa bayu pagi di pantai sepat
sambil lihat anak anak kecil berbasikal dan mengutip kulit siput
dengan angin meniupkan pokok rhu melambai lambai
sejuk hati...
antara rutin aku yang dulu...

masa merubah segalanya...

tunggu ye..
aku akan kembali kepada mu..
biar untuk lima hari..
aku pasti kau turut merindui kepulangan aku...

13 MEI - 18 MEI ( holiday)
reward untuk diriku sendiri...

Thursday, May 7, 2009

:)

aku kawan dgn budak cute

suke sangat dia

sangat suke dia

dia suke sangat

bdak cute kawan dengan aku

(rindukah aku)

*apa da ulang ulang???

Tuesday, May 5, 2009

Monday, May 4, 2009

aku


jadi partimer kat cafe bile nk cari duit poket...seronok

5 mei

-tak g keje

-demam yang melampau

-blackmail lagi

-kusut

-sakit

-makan,bubur dan ubat...

2.18 am

patutnya aku tidur masa nih..tggu apa lagi?

alahai mata,pejamlah kau..hanya untuk 8 jam...

picture
















wifh my nana , ninie , olin and ayu..love n happiness...





pic


with ninie...chess!!!!!!!

fever

fever.......terus menguasai tubuh
sendiri merasa..malam sudah pun lelap
aku terkecewa kerana tdk dapt
mendengar sesuatu yang indah ditelinga..

tak guna aku menganggu malam
kerana ku tahu dia telah kaku
menikmati bonus dunia
iaitu...lena

rindu pada sihat.......seksa begini..

rindu pada malam..hari hari begini...

Sunday, May 3, 2009

hear

aku dengar lagi...

senyum

tiada kata..hanya rasa..

degup..getar...

aku sukakan itu..

Saturday, May 2, 2009

aku


Entah kenapa aku pakai t-shirt tuh..huhu...

3 mei 2009

arini..aku terdengar sesuatu di telinga
yang di tunggu tunggu...

senyum...

Friday, May 1, 2009

nikmat

nikmat dunia

-makan

-tidur

-duit

TUHAN

Tuhan,
aku tak mahu rasa kosong
aku mahu ada rasa

jumaat

arini..aku teramat bosan..malam tadi tidur lena..senyum") tak ada banyak aktiviti yang aku lakukan..cuma bangun , makan ,solat dan layari internet.

agak agak rimas aku memerap didalam bilik,sesekali sekala aku turun menonton drama..ulangan di astro.tak berbaloi betul bayar bulan bulan kalau ceritanya asek diulang tayang.fuh,pihak yang mementingkan keuntungan semata mata...hehe...

sedar tak sedar..masa berlalu dgn begitu perlahan.

en.hati demam (seperti hari hari berlalu dia dah makin jauh)

perlahan sangat sehinggakan aku rasa jam kat umah aku nih sumenya bateri weak?ataukah aku yang tak punyai aktiviti yang menyebabkan segalanya menjadi begitu perlahan.aku bosan...

aku pun pelik kenapa aku tak :

1-g tgk movie
2-hang out dgn kawan kwan
3-shopping
4-dating

hehe.sesungguhnya takkan aku nak lakukan aktiviti di atas keseorangan....argh..aku tak dapat terima kenyataan bahawa aku tak punya kawan?hilang kenikmatan bujang....

last last ,kepala aku mula jadi kusut,siang membuliku cukup cukup..aku kebulian..uwaa...

aku tunggu malam,lambatnya la..waktu yang jauh ibarat matahari mengelilingi dunia..ibarat ferrari di bawa dgn kelajuan 15 km per km..boleh ke?

petang aku?dengan timbunan majalah remaja dari oktober 2008 hingga mei 2009 yang belum dibaca...adakah aku ketinggalan zaman atau zaman yang meninggalkan aku?tak pasti....

kawan kawan..sahabat sahabat...uiskh..sape kawan kawan aku?

fuh..tak dapat terima kenyataan .cuma hati aku bersama aku...kesunyian...

tiada yang lebih sunyi daripada kesunyian milik aku ini...

malam,cepatlah datang temani aku...(merayu ke ni)

Wednesday, April 29, 2009

en.hati

en.hati
kita dah tak macam dulu
kite semakin menjauh
aku tahu
kamu pun tahu

kite biarkan
kite memaksa
hati dan perasaan
menyembunyikan sesuatu

kite berlagak biasa
sedangkan hati gelora
memberontak
untuk sampaikan rasa

tenang lah en.hati
andai takdir begitu
pastinya aku dan kamu
tahu..

mengapa begitu?

mei

march dan april dah berlalu..banyak perkara yang jadi..tak macam januari dan februari..bulan itu lebih relaks...sekarang aku nantikan mei..aku mengharapkan sinar mei ini..bulan ini pun umur aku menginjak lagi setahun..tapi masih dalam tempoh pra matang lagi..aku masih lemah..masih manja..masih naif..masih khilaf..aku mahu masuk ke alam medium matang..aku akan cuba untuk mei ini..

siapa tahu..aku akan melepaskan hal hal yang menyekat,tersekat,melekat yang payah untuk aku buang..aku mahu doakan yang baik baik..aku didik hati aku jadi lebih tulus..lebih kental..
aku mau gembira,ketawa,riang dan bahgia...

buakn hanya untuk mei..tapi untuk bulan bulan seterusnya...doakan yer...

Tuesday, April 28, 2009

sakit

sakit , sakitku di sini
melawan resah
mengusir simpton

sedih,sedihku di sini
mengenang basah titik tangisku

selalu, selalu
ingin ke situ
memintas waktu,
memegang kalbu,

sekejap , sekejap ku disitu
meninggal salju
membawa sendu
mengutip cebis
helaian cintaku..

hujan

hujan buat ku lupe akan mendung
kerana hujan sejuk , dingin
mendung suram , dan suam
bile mendung menutupi panas,
aku suka pula.

tapi bile hujan datang lindungi mendung,
aku lupe pula aku
pernah suka mendung
dan kini
mengagumi hujan

dan bile hujan berterusan menemani
aku mula rindukan panas

siangku ku kering
malamku basah

suka aku malam lagi
kerana malam buatku hidup..
siang ku rasakan mati.

seni

seni hidupku terukir kaku,
merias episod makhluk yang sempurna,
babak seumpama jalan,
menapak sejuta sejarah,

sedangkan cerita takkan sudah ,
seraya tiada titik noktah,
yang lemah terus menyerah,
yang utuh terus angkuh,

menakhluk plot kisah nyata,
untuk dijadikan juadah sandiwara,
sajianh dunia..
nan sementara.

jalur

ku lihat, berjalur pelangi
tanda sesudah hujan,
indah mata memandang,
damai gelora dihati,

ku tak mahu hilang pelangi,
kerana senja bakal menjenguk,
senja hanya oren,
pelangi kaya warna,

ku mahu pilih senja atau pelangi sebelum malam mengakhiri siang..

Saturday, April 25, 2009

tv ku


dah 2 tahun tv nih dgn aku..tapi skang dah rosak..tk leh tgk lagi...ada sape sape boleh tolong betulkan?


Model : TV-510


pRIcE : rm 48


wALu murah tapi ianya berjasa pada aku..dan ia ada sentimen kenangan..

sahabat


saat aku dan sahabat..mengecapi kemesraan bersama..

secebis

aku lalu di tepi gerai gerai usang yang tunggu masa untuk dimusnahlakukan..terlihat tangan tangan kusam meminta secebis simpati.Di tepi longkang mereka menadah ,aku mula kesian..renyuknya hati dan perasaan melihat keadaan itu.Masih ada lagi pengemis..

Melihat dengan kesusahan mereka tengah menikmati secebis roti lebihan sisa sisa manusia yang tidak mensyukuri nikmat tuhan menjadi santapan mereka senja hari ini.aku mula berfikir?

mengapa masih ada lagi yang tidak bersyukur?

mereka ada secebis harapan..
mereka ada secebis kehendak..
mereka ada secebis impian...

Kita yang bernasib baik ini harus ada
secebis perasaan,
secebis perhatian,
secebis perikemanusiaan

kerana dengan secebis itu dapat memberi secebis senyuman pada mereka...

lensa kemera









picture


antara detik detik indah dalam hidupku..menikmati lemon honey tea di waktu sore begini memang mendamaikan...
venue : papa kopitiam,dataran sunway kota damansara
date : last years..tk ingat tarikh (2008)

exam

COURSE : mANAGEMENT

DATE : 28 APRIL 2009

tIME : 2.15 UNTIL 5.15 PM

VENUE : fAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN UITM

Dia

aku tk nak msg dia
aku tk nak reply msg dia
aku tk nak jawab call dia
aku tk nak call dia

dia tak percaya aku
dia tak perasan aku
dia tak kisahkan aku
dia tak pertahankan aku

dia hanya biar
dia hanya diam
dia hanya kaku

dia macam terpaksa
dia tiada pilihan
dia tiada rasa

aku diam
aku buat tak tahu
aku tengok
aku tekad

Thursday, April 23, 2009

DuNiA

Telinga mendengar..
mulut yang menyampaikan
butir butir fitnah

hati nya puas
bila terbit retak retak
hubungan..

makin tak mengerti
apa dimahukan?
apa yang diinginkan?

kerana hati hitam
kerana hati kejam
kerana hati renyuk
kerana hati dendam

mangsa sengsara
mangsa bersedih

pilih

teman
sentiasa ada..

kekasih
tak selalu ada

kaMu

petikan gitar..menghiburkan
jari memetik metik irama indah
agak kaku jarimu tapi merdu

kamu dan gitarmu
umpama madu dalam lagu
rentak dunia kamu mainkan
jiwa aku kamu melodikan

kamu melakon
kamu nyanyikan
kamu syairkan
kamu puisikan

statikkan kamu disitu dengan gitarmu
ku akan sentiasa menjadi tali talimu
dekat dgn jari jari runcingmu
menenangkan aku...



Wednesday, April 22, 2009

Surat untuk en.hati

ari nih en.hati mula mengadu...
sedangkan semalam dia yang tiada...
aku dah 9 hari tidak mendengar suara en.hati
dia mula meminta , meluah kerana aku sudah lama
tak kejutkan dia dari tidur...
dan aku pula bising kepada en.hati kerana sudah lama tidak menghubungi aku
salah aku ke en.hati?

jiwa aku jadi kusut en.hati...
dengan email kite dapat..
dengan jarak yang jauh..
aku bingung en.hati

en.hati kata aku berubah
aku kata en.hati dah lain.
mungkin kesibukan yang agak keterlaluan
menyebabkan sama sama berubah..

tapi kau tahu tk en.hati..
aku sayang kamu
aku rindu kamu
aku butuh kamu..

setiap kali aku mahu telefon kamu..
tgn dan jari ini seolah olah
faham en.hati sedang sibuk
sedangkan aku mahu berbual dgn kamu..

en.hati selalu begini..
jawapan ok sedangkan tak ok..
en.hati malas nak memanjangkan topik
malas nak melengahkan masa
sedangkan itu penting untuk kita..

en.hati...
sebenarnya aku mahu waktu
aku mahu detik
aku mahu saat
aku mahu minit
bersama sama kamu...
mampu en.hati tunaikan?

*aku tahu en.hati tk mungkin membacanya....

saje

final dah dekat...hati aku cemas...gg asek sakit je.sampai aku tk tahu nak wat apa lagi..hari hari aku duk belek soalan past years tapi satu apa tak masuk dalam kepala otak aku..black mail betul betul menganggu aku..ari ni ada lagi.sesak nafas aku di buatnya....alahai..

dari pagi dah kena marah dgn bos sbb salah bayar bil..itu pun leh silap..blur tul masa tuh..banyak gangguan..aku begitu sibuk arini dgn pembungkusan barang..filling..print nota.. dan lain lain...

apsal sejak akhir akhir nih aku tk leh fokus...entah lah..malam tadi en.hati aku mula menimbulkan soal masa depan.aku tahu jauh dia pkkan..aku menjadi serba salah.jiwa aku mule memberontak..mahu sahaja aku ikutkan hati tapi benarkah itu pilihan yang terbaik?benarkah itu jodoh aku?terpulang pada qada dan qadar.kawan kawan aku kini sedang bahgia dengan pilihan masing masing tapi aku masih lagi tk tahu..masih lagi kelabu..

petang tadi,bawa mama pergi beli ayam untuk masak malam nih..aku demand suh mama masak ayam masak merah sedangkan daddy aku suke makan kari ayam..huhu..sambil menunggu mama masuk ke kedai..aku duduk la kat birai jalan sambil melihat petang..damai lak rasanya..erm,dah lama aku tk menikmati petang yang sebenarnya.dengan angin sepoi sepoi bahasa mengingatkan aku pada seseorang..adui..lemah nya hati ini..tolonglah aku nk lupakan...


balik umah lebih kurang kul 6.15,aku terus merebahkan tubuh di ats sofa panjang berbunga bunga yang aku tk yakin bunga apa..hehe..matahari..seharian aku tunggu..cite nih best..mama masak kat dapur..tk dapat den nk menolongnya..minta maaf ye mama..huhu

now,dah 8.25..aku menanti malam aku..malam aku seperti biasa yang selalu menemani..hingga kini masih tiada bayang...aku sabar menunggu...selamat tinggal rabu...

Tuesday, April 21, 2009

rabu

ari ni

- bad mood
-messy
-migran
-geram
-marah
-burden
-stress
-hurt

esok tgk macam mana?

21 april 2009

wsl 9091

black colour

saga 1.3

its mine...

finally...

ingat

tak nahu ingat lagi
tapi aku tk mahu lupe
payah sangat lupakan je lah
tapi tetap ingat.

ingat dan lupe
sama je..
buat buat ingat
atau buat buat lupe?

Monday, April 20, 2009

makan

hari ini aku makan...

-roti inti tuna

-oat campur ovaltine

-pil halia dan evening primrose oil

-air kosong

korang makan apa?

semalam

semalam telah kau tinggalkan..
hidup untuk hari ini
jangan pandang buruk sebelumnya
pandang baik didepannya...

Sunday, April 19, 2009

carta filem

ANTARA FILEM YANG MENDAPAT TEMPAT DI HATIKU :

1-TENTANG DIA
2-JANJI JONI
3-SEPI
4-PESONA NAN GRATA
5-BERLARI KE LANGIT
6-9 SEPTEMBER
7-ADA APA DENGAN CINTA
8-MY HEART
9-CINTA
10-ANAK HALAL

BANYAK LAGI TAPI AKU DAH LUPE..PEJUANG FILEM MELAYU (huhu..selalu kena kutuk tapi aku tetap aku)

Saturday, April 18, 2009

senyuman ku :)







tak pandai la nk senyum mcm lain lagi...

ungu


senyuman itu sedekah

Thursday, April 16, 2009

makan time

adegan tak sengaja nih dirakam ketika menikmati makan malam kat up town damansara..

aku tk nk amik gmbar tapi dia org paksa.hehe

masa nih,tgh pekena laksa pinang...

makan jer tahu,dah chubby nih..huhu..

dah lama tk lepak now,tk ada masa....

masa nih aku happy...tiada masalah...

10 malam

dalam kegelapan aku seorang..
mengutip minit minit yang aku siakan
bersama linangan air mata..
aku sendu..

dalam kekelaman ku menunggu..
detik detik malam yang lalu
bersama kelipan mata yang layu
siapa gerangan itu?

dalam kekelabuan cahaya
melangkah lemah sesaat ku tunggu
pantasnya masa berlalu
aku dgn diriku...

mencari bayangku..

kata

tiada kata kata melainkan nista...

tiada kebenaran melainkan fitnah..

tiada rasa melainkan mati...

tiada dosa melainkan noda..

dia ingat..

dia maksum?
dia suci?
dia berpahala?
dia sempurna tiada cacat cela?

Wednesday, April 15, 2009

gelas


empty ?

pemty?

tempy?

ptyem?

semuanya anda yang memulakan...

anda juga yang punya pilihan..