Friday, May 15, 2009

round

9.15 am (16 mei 2009)

masih di atas katil..tgh menaip naip..alahai katil masih belum lagi dikemas,perut belum diisi,aku masih keletihan barangkali..kerana perjalanan..

mengikut kata mata,disuruhnya lelap lagi..aku tak mahu..walau masih menguap.

disudut bilik aku membesar ini,terpandang aku pada bingkai kaca melihat 4 gadis sunti sedang tersenyum duduk di tangga..salah sorang nya aku..zaman persekolahan memang indah..

perabot dan barang barang dalam bilik ini masih lagi kukuh walau lama terbiar..teringat aku akan hilai tawa dan tangisan dalam ruang ini...kenangan..

aku dan diri aku...

bingkas dari katil,mahu mengemas,membasahkan tubuh dan merehatkan minda..apa maknanya aku bercuti andai terus berselirat dengan masalah dan propaganda keperibadian aku sendiri.aku harus menjadi lebih matang lagi..tak mahu lemah,berdikari...

harapan aku....

sekejap lagi ,jupe sahabat baikku...

ada agenda :

-pergi ecm
-makan bebola ikan kat jonny
-window shopping
-jemput bakal pengantin
-manghantar kad jemputan
-melawat rakan

agak padat....

No comments:

Post a Comment

suara kamu