Thursday, May 28, 2009

bila hati berkata

seorang di aridaz resources..

pagi tadi-makan beehoon ,teh hijau dan roti sardin..bekalan sampai petang nih...

berbual dgn hati sendiri,memang benar kata orang kadang kadang masa lapang itu bagus,tapi adakalanya masa lapang itu merugikan..aku harus isi...

radio hot.fm berkumandang,aku tak fokus..kurang fokus cuma aku dengar melodi dan muzik ciptaan insan yang kreatif,berbakat..agak lunak...

sekarang aku sedang menaip..saat saat kebosanan mula menyinggah.en.hati merayu dan melihat perubahan drastik aku yang agak pelik baginya..aku tak janjikan cinta.lebih senang berkawan.bukan niat untuk ku memutuskan siraturrahim..cuma aku hanya mahu berdiam diri..meneliti dan aku hanya berikan dia ruang..dia kegelisahan.mgkin takut kehilangan..

aku berpegang pada soal jodoh,soal takdir ,soal yang telah ditetapkan...dia macam tidak mengerti..pesanan pesanan sedih dan hiba tak putus putus memenuhi inboxku..tak cukup itu untuk aku rasakan hatinya.yang penting perbuatan..kata kata dan curahan hanya dibibir.yang boleh direka,yang boleh kita cipta.

aku ingin melihat kesabaran..kesunnguhan..aku sudah kecewa...

aku buang rasa keterujaan itu,aku mahukan ia berjalan seiring dengan kehendak..
aku jadi dingin,persis angin yang meniupkan unggun api yang marak.kerana fikiran aku sebegitu...

aku mencari dalam dirinya.aku tidak rasa...aku mahukan perasaan bukan hanya hubungan..bukan titik nafsu kita bahaskan.kerana itu no.2,manusia tidak akan pernah puas..

kenyataan aku wanita ,dia lelaki..aku tahu itu..

cuma aku mahu keserasian itu,aku mahukan rasa gelak dan hilaian gembira bersama.getaran sedih pilu berdua..ampun,aku tidak rasakan itu..

kerana kesempurnaan ,aku sudah tidak mampu memiliki..
aku ada peluang untuk itu..

sedikit kegilaan ada dalam hidup aku,rasa yang tak flexible..mungkin tahun ini bukan milik aku...aku biarkan

aku dalam penantian..sebuah kehidupan yang mungkin dalam perjalanan..
aku masih disini..

No comments:

Post a Comment

suara kamu