Wednesday, April 22, 2009

Surat untuk en.hati

ari nih en.hati mula mengadu...
sedangkan semalam dia yang tiada...
aku dah 9 hari tidak mendengar suara en.hati
dia mula meminta , meluah kerana aku sudah lama
tak kejutkan dia dari tidur...
dan aku pula bising kepada en.hati kerana sudah lama tidak menghubungi aku
salah aku ke en.hati?

jiwa aku jadi kusut en.hati...
dengan email kite dapat..
dengan jarak yang jauh..
aku bingung en.hati

en.hati kata aku berubah
aku kata en.hati dah lain.
mungkin kesibukan yang agak keterlaluan
menyebabkan sama sama berubah..

tapi kau tahu tk en.hati..
aku sayang kamu
aku rindu kamu
aku butuh kamu..

setiap kali aku mahu telefon kamu..
tgn dan jari ini seolah olah
faham en.hati sedang sibuk
sedangkan aku mahu berbual dgn kamu..

en.hati selalu begini..
jawapan ok sedangkan tak ok..
en.hati malas nak memanjangkan topik
malas nak melengahkan masa
sedangkan itu penting untuk kita..

en.hati...
sebenarnya aku mahu waktu
aku mahu detik
aku mahu saat
aku mahu minit
bersama sama kamu...
mampu en.hati tunaikan?

*aku tahu en.hati tk mungkin membacanya....

No comments:

Post a Comment

suara kamu