petang sabtu..hanya kosong..tiada isi,sedang mendengar lagu faizal tahir nih...aku jauh menerawang.mahu aku biarkan saje fikiran aku melayang layang..agak khayal..
seronok..bile fikiran begini..
jauhkan dari bisikan syaitan ..aku masih letakkan iman dalam dadaku.walau nipis tapi masih kuat..berfikir tentang ilham dari seorang kawan aku,lebih mudah aku gelarkan nye en.stranger..buat aku berfikir dan tersenyum.dia tetap menemani hidup aku walau tidak pada zahirnya..belum tiba masa katanya..
aku senang,aku memilih untuk menjeruk perasaan dari berterus terang,sesuai dengan caranya..keegoaan kadang kala manis..misteri ..aku sukakan cabaran..
tentunya ia dapat mengajar aku lebih erti kesabaran..erti kesungguhan..erti kesanggupan.
katanya menulis itu seni..menulis kerana penulisan yang tertulis..dan seni itu indah.aku setuju ..
dulu,pernah kami terbang melepasi fantasi,aku tahu itu hanya rasa suka kerana permulaan.aku sedar itu hanya permainan untuk menjaga hati..ada perkiraan dan perhitungan antara kami tapi aku dapat rasakan itu ikhlas..kerana sebuah kesunyian..
aku membaca,terus menghayati untuk menembusi minat dan mengenal gugus jiwa yang banyak membisu.memilih untuk mendiamkan rasa dan menjauhkan hati..aku memilih pasrah dan menyebelahi takdir..
akukah itu,mampukah aku..membuangkan jauh anganan aku seolah aku tidak mengenalnya..
masihkan kawan?bile rasa rindu melebihi rasa kawan?
masihkan sahabat?bile rasa kasih melebihi sahabat?
masihkan teman?bile rasa sayang melebihi teman?
masihkan aku punya dia bile tiada rasa pada perasaan?
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment
suara kamu