Sunday, June 28, 2009

p u a s a

esok..puasa..

bulan rejab banyak pahalanya..

rebutlah peluang...

Wednesday, June 24, 2009

malam sepi

aku keseorangan

aku ketunggalan

aku kesepian

aku bersendirian

tolongggggggggg..aku kebosanan

malam ini,
ku sendiri,
tiada siapa menemani..

sekali lagu dewa da....

Monday, June 22, 2009

a little bit

panic is nonsense..

serious is matured..

life is movie..

beribu ribu lemon

dah genap seminggu aku mandi lemon...cam omputih...muamuamuamua...
pedih woo..tapi tahan..
mana taknye..kat pasar malam 15 biji rm4..
tak dapt kat mana mana wooo.....

tak payah pakai minyak wangi lagi..yehaaaa....

Sunday, June 21, 2009

rain

hujan..

basah,sejuk....

rintik rintik menenangkanku
buat mata tidak berkedip
merenung jernih air

membasah pipi gebuku
dingin meresap kulit

aku suka akan itu

akan hujan umpama gerimis
lembut menujah rumput malam
yang kering dijamah siang

hujan rahmat tuhan
meriangkan isi alam

gersang..
usang..

Saturday, June 20, 2009

sore hari..

petang sabtu..hanya kosong..tiada isi,sedang mendengar lagu faizal tahir nih...aku jauh menerawang.mahu aku biarkan saje fikiran aku melayang layang..agak khayal..

seronok..bile fikiran begini..

jauhkan dari bisikan syaitan ..aku masih letakkan iman dalam dadaku.walau nipis tapi masih kuat..berfikir tentang ilham dari seorang kawan aku,lebih mudah aku gelarkan nye en.stranger..buat aku berfikir dan tersenyum.dia tetap menemani hidup aku walau tidak pada zahirnya..belum tiba masa katanya..

aku senang,aku memilih untuk menjeruk perasaan dari berterus terang,sesuai dengan caranya..keegoaan kadang kala manis..misteri ..aku sukakan cabaran..

tentunya ia dapat mengajar aku lebih erti kesabaran..erti kesungguhan..erti kesanggupan.

katanya menulis itu seni..menulis kerana penulisan yang tertulis..dan seni itu indah.aku setuju ..
dulu,pernah kami terbang melepasi fantasi,aku tahu itu hanya rasa suka kerana permulaan.aku sedar itu hanya permainan untuk menjaga hati..ada perkiraan dan perhitungan antara kami tapi aku dapat rasakan itu ikhlas..kerana sebuah kesunyian..

aku membaca,terus menghayati untuk menembusi minat dan mengenal gugus jiwa yang banyak membisu.memilih untuk mendiamkan rasa dan menjauhkan hati..aku memilih pasrah dan menyebelahi takdir..

akukah itu,mampukah aku..membuangkan jauh anganan aku seolah aku tidak mengenalnya..

masihkan kawan?bile rasa rindu melebihi rasa kawan?

masihkan sahabat?bile rasa kasih melebihi sahabat?

masihkan teman?bile rasa sayang melebihi teman?

masihkan aku punya dia bile tiada rasa pada perasaan?

Thursday, June 18, 2009

jeng..jeng...jeng


yahoo....aku dah konvo...hehehe

Wednesday, June 17, 2009

malu

jangan bicara sama malam
bila malam mahu membisu

rangkul sahaja si siang
kira malam sembunyi dan kaku

terus dengar desir angin
sejuk nyatakan rindu

haru rasa pilu
tika tangan bertepuk satu

gelap mengejek aku
aku tertunduk malu

hilang terus aku disitu
membiarkan malamku

sendiri seperti selalu..

Tuesday, June 16, 2009

sem 2

Next semester (sem 2)

4 subject

1) mandarin 2

2) titas

3) financial accounting

4)it in bussiness

all that makes me crazy..

5 0f july ,start the class....huahuahua

huayu 1

wo
-saya

ni
-awak

xuesheng
-encik

xiojie
-cik

taitai
-makcik

zaijan
-selamat tinggal

xiawu
-selamat petang

popo
-nenek

maicai
-beli barang

pioliang
-cantik

father's day 18 jun

esok hari bapa....

tapi aku ada seorang papa..

dan seorang daddy...

hargailah pengorbanan mereka,walau kena lebihkan ibu tiga kali sebelum bapa,tapi usaha dan keringat golongan bapa ini mencari rezeki untuk membesarkan anak anak untuk terus hidup dgn selesa seharusnya diberi keutamaan.biarpun hanya ucapan,percayalah ia tentu dapat membahgiakan mereka..

SELAMAT HARI BAPA KEPADA :

Mohd Nawawi Bin Mat Sidek

Dan

Nor Azlan Bin Abdul Majid

Serta semua bapa bapa di dunia.....

6 sen

aku suke betul lagu sixth sense nih...

khatimah cinta

lirik simple....
muzik relax...

merdu..
shahdu..
pilu...

Monday, June 15, 2009

jauh

sejauh mana untuk aku berlari
aku masih tidak sampai
dia mengejarku..
membelengu aku..

sekejap sahaja aku disitu
setahun tempoh waktu
terpesona aku..
terkaku aku..

merantai seluruh hidupku
uniknya rasa itu
yang aku sendiri tak mampu..
melupa detik itu..

Sunday, June 14, 2009

hari ahadku..

ahad-seharian di rumah,melepakkan diri dengan membakar lebih kalori.

mengemas rumah - 160 kalori

basuh pinggan - 80 kalori

mop lantai - 100 kalori

lipat baju - 70 kalori

jumlah = 51o kalori berjaya di bakar...

tanpa joging
tanpa bersenam

yahoo.....

bila semua berkata...

berkata tentang kebahgiaan..

berkata tentang kejayaan..

berkata tentang kesenangan..

berkata tentang keburukan..

berkata tentang kesalahan..

berkata tentang kejahilan..

berkata tentang segalanya..

Thursday, June 11, 2009

10.15 pm

langit kosong
damai..

walau gelap
aku nampak..bayang hidup

tiada bintang
mahupun bulan..

hanya angin
memujuk aku

kini sendiri..
tunggu siang

bile malam
berlalu malu..

saat aku tersenyum







seksen 11

berpindah kediaman..

berehat dari ber blog sementara...

Monday, June 8, 2009

taman bandar-riadahku...











gembira




wajah wajah keriangan terukir di bibir...anugerah dari sebuah perasaan..






kenduri kawin

cuti sekolah bermula..kemeriahan pelbagai warna bunga manggar memenuhi simpang simpang jalan..aku tak ketinggalan menjadi salah satu dari tetamu undangan majlis..

dapatlah aku merasai keenakkan nasi minyak org kampung aku sendiri..

bangun pagi,aku dikejutkan dgn bunyi paluan kompang.jiran sebelah yang sedang menyambut menantu.meriah..walaupaun cuma majlis sambut menantu.citarasa dan kehendak masing masing.mengikut kemampuan biarkan...

aku melihat sekeliling,menghirup udara segar..melihat perubahan sedikit pada keadaan lanskap..damai.menyejukkan mata..lebih oksigen dan lebih fotosintesis..

hijau.baik untuk mata..

teringat..zaman pembesaran aku..seronok..

kembali ke dalam ruang tamu,sengaja mematikan lamunan..
kembali pada hari ini..perlu bersiap ke tempat undangan..

sayonara..

Wednesday, June 3, 2009

sepagi hari ini

matahari sebelum pagi samar
seakan senja..namun ia
mahu pagi..

sedingin hatiku membelai wajah
sejuk sekali..
umpama angin di kutub utara
suhunya ketara sekali..
kita sedia tahu..

tempoh waktu tertentu..
sementara sahaja indah..

Tuesday, June 2, 2009

serelus ayat (ada ke?)

hidup bukan cinta semata mata..
sering kali kite lupe akan benda lain yang lebih interesting dari cinta
kegembiraan sendiri lebih baik dari kite mengembirakan org lain
yang belum tentu orang tersebut suka akan kegembiraan itu..

orang kata cantik itu universal,
begitulah jua dgn perasaan dan rasa..
ianya universal,kita yang mengolahnya
menjadi corak yang kita suka..
masih boleh kawal..walaupun
rasa ingin memberontak...
tak salah jua..kalau kita
pandai lepaskan ia..
tapi jangan sampai merunsingkan pemikiran orang..

aku pingin kongsi satu cerita..
tentang orang yang mudah jatuh cinta
dan tentang orang yang sukar jatuh hati...
tapi aku rasa dua dua tak salah..

kerana antara dua sering dipertemukan
kerana itu indah dalam kehidupan
seorang berdiam diri..
seorang begitu mudah berterus terang..
dan aku rasa dua dua juga tak salah..

Monday, June 1, 2009

ahad

seriously,antara pukul 4 hingga 9 ..
waktu waktu yang membuatkan aku sangat bahgia...

gembira...tak terungkap dgn kata kata..

senyum menemani hari..sedikit perasaan haru dan syukur...

pada siapa nak ku kongsikan ini..